Seminar Antarabangsa Akidah, Agama & Sains Sosial 2024 (SIGMA14) adalah seminar anjuran Program Pengajian Akidah dan Agama dengan kerjasama Akidah Centre & Global Outreach (AGENT), Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM yang akan diadakan pada 6 March 2024. Seminar ini menawarkan peluang kepada ahli akademik, para penyelidik dan pengamal untuk berkolaborasi dan bertukar pandangan serta berkongsi pengalaman mengenai hasil kajian dalam bidang yang berkaitan Akidah, Agama dan Sains Sosial. Kertas kerja yang diterima dan telah dibentangkan akan diterbitkan di dalam prosiding seminar dan bagi yang terpilih akan diterbitkan di jurnal berwasit USIM yang diindeks oleh Pusat Sitasi Malaysia.

POSTER RASMI